BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 21, 2010

.::.Aku Umur 6 Tahun.::.

Ada adalah lelaki yang bernama Akrami..Dia tinggal di timur tanah air..Keluargaku bukanlah keluarga yang berada atau mewah, akan tetapi sederhana memandangkan ayahnya adalah seorang guru dan ibunya seorang suri rumahtangga sepenuh masa... Semasa kanak-kanak, pada umur 5tahun, aku tidak memasuki kelas Taman Bimbingan Kanak2(TABIKA), Taman Didikan Kanak2 (TADIKA), Pusat Asuhan & Tarbiah Islamiah (PASTI) atau tidak mana2 kelas pengajian yang sepatutnya kanak-kanak seusianya belajar... Aku pun tidak tahu mengapa...Dengan takdir Allah s.w.t, pada usia 6tahun, Aku telah menumpang kelas darjah satu di sekolah tempat ayahnya mengajar...Nama sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan..Maka, belajarlah Aku dalam kelas tersebut yang mana semua pelajar adalah lebih tua dari aku satu tahun..Mungkin juga ada yang seusia aku...Manakah aku tahu kan...Oleh kerana tidak pernah belajar di mana2 tempat belajar secara khusus, Aku tidak tahu apa2 tentang pelajaran setahap setahun lebih dari umur aku itu...Maka, jika cikgu memberi latihan matematik 3+1, aku akan menulis jawapannya mengikut nombor soalan tersebut. Kalau itu adalah soalan 5,maka jawapan salem adalah 5...Begitu la pembelajaran Aku yang baru pertama kali belajar di sekolah..Sebenarnya, sebelum menumpang darjah 1 tersebut, aku pernah menumpang TADIKA semasa umur 5tahun...tapi,macam chips more,kejap pergi kejap tak pergi...Semasa dua tiga kali pergi TADIKA tersebut, Aku hanya melihat kakakku Yana serta murid2 lain belajar...Mula2 masuk kelas paginya, cikgu akan menyuap semua pelajar dengan vitamin cecair berperisa oren..Pertama kalinya, Aku menelan jugak vitamin tu, tapi entah macam mana, hari keseterusnya, aku menolak pelawaan Cikgu Azizah itu, sedangkan dia tahu vitamin itu lazat rasanya...Berbalik kepada cerita Aku di darjah 1 tumpangan tadi...Macam2 ragam Aku dalam kelas tersebut.. Pada suatu hari, Aku meminta duit 50sen dari Abah kerana hendak membeli air kotak kata aku..Abah pun bagi la sebab dia sayang aku...He2...Biasanya air kota tersebut, cikgu akan agihkan kepada pelajar2 yang layak. Jadi, Aku teringin meminumnya, dan minta nak beli juga..Maklumla aku budak tumpang je, xlayak dapat la...Entah kenapa, duit yang Abah aku berikan tetiba hilang..Pada masa tersebut, Abah aku melalui kelas aku...Aku pun mengadu la kat Abah...Abah pun suruh cari dulu...Budak2 kelas aku pun semua pakat tolong cari duit tersebut,50sen syiling sekeping...Akhirnya,syiling tersebut tak dijumpai juga...Agak kecewa jugak la Abah aku, 50sen zaman tu dah tinggi nilainya tau......tahun 1994...

0 comments: