BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

.::.Datuk Ana Meninggal Dunia.::.


Kita tinggal kisah ana menompang

darjah satu di Sek.Keb.Batu Mengkebang..
Sekarang ana nak bercerita tentang
datuk ana sebelah ayah ana yg
meninggal dunia semasa umur ana
7tahun, tahun 1995...
Seingat ana, masa ana umur 6tahun,
ana kerap tinggal kat rumah nenek
yang agak dekat dgn rumah ana kerana
rumah beliau sangat lah dekat dgn sekolah
yang ana menompang tu...
Yang lucunya, semasa ana menompang di sekolah tersebut, bila ana naik motor bersama abah ana, Ustaz Zahari Bin Ibrahim, maka ada la murid2 abah ana yang tanya,"Adik ustaz ke tu?"...Ana pun pikir, punya la besar badan abah ana, umur pun dah berbeza 31tahun...Budak2 katakan, xreti nak bezakan antara anak dengan adik...
Kembali ke kisah datuk ana yang ana panggil "Che' ", semasa ana tinggal di rumahnya jarang2, dia dah xleh bercakap masa tu..Sebab dah kena strok kalo ana xsilap...Lidahnya macam jadi pendek, xleh bercakap, tapi boleh berjalan2...Dulu selalu ana dgn kakak ana,Yana, naik motor Che' yang diletakkan dpn rumah...Bila Che' tgok, dia akan marah, dia xleh nak jerkah, dia hanya mampu tepuk2 tangan tanda marah...Dia bimbang takot2 terbalik...Ana dgn kakak ana pun 'menganyi' atau persenda Che' dgn meniru gaya dia...masyaAllah, menyesal nye ana,..Aapakan daya, ana kanak2 lagi masa tu, xtaw apa2 pun lagi....Che',maafkan kami Che'....
Pada suatu hari, nenek yang kami panggil 'Mek' atau "mok" atau 'Mek Zee' tiada di rumah, ke kedai agaknya kat bandar...Kami panggil Mek Zee sebab nenek dulu pernah jaga sepupu kami sejak dia kecil yang namanya Zikrul Hakim, kami panggil Zee,...
Kerana nenek tiada di rumah,maka tinggallah Che' sorang2...Mek dah pesan jangan makan durian, tapi Che' agaknya kempunan, lama dah xmakan durian, dia makan juga...Mana tak kempunannya, kebun durian luas, buah banyak, tanam sendiri pulak tu, xkan xnak makan...Mek pesan sebab Che' sakit, tapi Che' 'terliur', dia mkn la...
Dengan takdir Allah taala, dikala Che' cuba nak makan, entah macam mana, dia tertelan dgn biji2 sekali...Maka lekat la kat leher, menyebabkan sesak pernafasan, dan pengsan...
Mujur la nenek balik dah sejurus kemudian, terkejut beruk la Mek bila tengok Che' terlentang tak sedarkan diri...
Setelah panggil jiran2 dan jiran panggil Abah yang sedang mengajar di sekolah dekat je mujurnya...Ana pun ada masa tu, ana tengok ramai orang sedang mengerumuni Che'...Orang guntung je baju panas yang Che' pakai masa tu...
Lepas tu, Abah pun bergegas bawa Che' tersayang ke Hospital...Dalam perjalanan, Abah brenti kat rumah bgtaw Ma, kebetulan rumah kami di pertengahan jalan ke Hospital...
Bersambung............

Sunday, March 21, 2010

.::.Aku Umur 6 Tahun.::.

Ada adalah lelaki yang bernama Akrami..Dia tinggal di timur tanah air..Keluargaku bukanlah keluarga yang berada atau mewah, akan tetapi sederhana memandangkan ayahnya adalah seorang guru dan ibunya seorang suri rumahtangga sepenuh masa... Semasa kanak-kanak, pada umur 5tahun, aku tidak memasuki kelas Taman Bimbingan Kanak2(TABIKA), Taman Didikan Kanak2 (TADIKA), Pusat Asuhan & Tarbiah Islamiah (PASTI) atau tidak mana2 kelas pengajian yang sepatutnya kanak-kanak seusianya belajar... Aku pun tidak tahu mengapa...Dengan takdir Allah s.w.t, pada usia 6tahun, Aku telah menumpang kelas darjah satu di sekolah tempat ayahnya mengajar...Nama sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan..Maka, belajarlah Aku dalam kelas tersebut yang mana semua pelajar adalah lebih tua dari aku satu tahun..Mungkin juga ada yang seusia aku...Manakah aku tahu kan...Oleh kerana tidak pernah belajar di mana2 tempat belajar secara khusus, Aku tidak tahu apa2 tentang pelajaran setahap setahun lebih dari umur aku itu...Maka, jika cikgu memberi latihan matematik 3+1, aku akan menulis jawapannya mengikut nombor soalan tersebut. Kalau itu adalah soalan 5,maka jawapan salem adalah 5...Begitu la pembelajaran Aku yang baru pertama kali belajar di sekolah..Sebenarnya, sebelum menumpang darjah 1 tersebut, aku pernah menumpang TADIKA semasa umur 5tahun...tapi,macam chips more,kejap pergi kejap tak pergi...Semasa dua tiga kali pergi TADIKA tersebut, Aku hanya melihat kakakku Yana serta murid2 lain belajar...Mula2 masuk kelas paginya, cikgu akan menyuap semua pelajar dengan vitamin cecair berperisa oren..Pertama kalinya, Aku menelan jugak vitamin tu, tapi entah macam mana, hari keseterusnya, aku menolak pelawaan Cikgu Azizah itu, sedangkan dia tahu vitamin itu lazat rasanya...Berbalik kepada cerita Aku di darjah 1 tumpangan tadi...Macam2 ragam Aku dalam kelas tersebut.. Pada suatu hari, Aku meminta duit 50sen dari Abah kerana hendak membeli air kotak kata aku..Abah pun bagi la sebab dia sayang aku...He2...Biasanya air kota tersebut, cikgu akan agihkan kepada pelajar2 yang layak. Jadi, Aku teringin meminumnya, dan minta nak beli juga..Maklumla aku budak tumpang je, xlayak dapat la...Entah kenapa, duit yang Abah aku berikan tetiba hilang..Pada masa tersebut, Abah aku melalui kelas aku...Aku pun mengadu la kat Abah...Abah pun suruh cari dulu...Budak2 kelas aku pun semua pakat tolong cari duit tersebut,50sen syiling sekeping...Akhirnya,syiling tersebut tak dijumpai juga...Agak kecewa jugak la Abah aku, 50sen zaman tu dah tinggi nilainya tau......tahun 1994...

Saturday, March 20, 2010

.::.Man Ana.::.


Tanggal 24 Mei 1988 Masihi bersamaan dengan hari Selasa 7 Syawal 1408 Hijrah maka lahirlah seorang insan lelaki kedunia di keheningan subuh pada pukul 5.30 pagi...Bondanya terseyum gembira kerana mendapat anak yang keempat tanpa sebarang masalah setelah dikandungnya selama 9bulan 10hari...Bertempat di Hospital Kuala Krai, Kelantan, setelah berhempas pulas melahirkan anaknya dengan menahan kesakitan, namun naluri seorang ibu menafikan semua itu dan hanya yang dia tahu senyum lebar gembira...Setelah itu, suaminya setia disisi si isteri telah mengazankan dan iqamah di telinga anaknya itu...Anaknya sesihat 4kg lebih itu hanya reti menangis dek kala terkejut melihat suasana luas sedangkan sebelum itu duduk dan tidur tanpa sebarang gangguan dalam tempat gelap dan nyaman...
Keesokkan harinya, setelah memilih-milih nama, si ayah yang juga seorang ustaz dengan mudah menamakan anaknya...Nama diberi Mohd Akrami Bin Zahari....Ya itulah nama anaknya...Mohd bermaksud Yang Terpuji dan Akrami bermaksud Kemuliaanku...
Maka hiduplah ia membesar seperti bayi2 yang lain...Ditatang bagaikan minyak yang penuh...Kakaknya yang sulung sudah berumur 5tahun, abangnya sudah 4tahun dan kakaknya seorang lagi berumur 2tahun sangat gembira tatkala mendapat adik yang sihat dan montel itu...
Ya..itulah aku, adik mereka yang bernama Akrami...Mereka panggil aku adik masa aku kecik2...Mmg adik mereka pun kan....Mereka panggil aku 'Ami' sempena penghujung namaku..."Adik Ami"...itulah selayaknya gelaran aku masa aku merasai menjadi bongsu yang manja itu....
Bila umurku sudah setahun lebih, aku dah berhenti menyusu badan ma aku...Bila umur dah 2tahun, aku dah mula belajar berjalan...Dengan sabar dan gembira, ma ajar aku berjalan...'teh teh...teh teh....' kata ma aku supaya aku belajar berjalan...