BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

.::.Datuk Ana Meninggal Dunia.::.


Kita tinggal kisah ana menompang

darjah satu di Sek.Keb.Batu Mengkebang..
Sekarang ana nak bercerita tentang
datuk ana sebelah ayah ana yg
meninggal dunia semasa umur ana
7tahun, tahun 1995...
Seingat ana, masa ana umur 6tahun,
ana kerap tinggal kat rumah nenek
yang agak dekat dgn rumah ana kerana
rumah beliau sangat lah dekat dgn sekolah
yang ana menompang tu...
Yang lucunya, semasa ana menompang di sekolah tersebut, bila ana naik motor bersama abah ana, Ustaz Zahari Bin Ibrahim, maka ada la murid2 abah ana yang tanya,"Adik ustaz ke tu?"...Ana pun pikir, punya la besar badan abah ana, umur pun dah berbeza 31tahun...Budak2 katakan, xreti nak bezakan antara anak dengan adik...
Kembali ke kisah datuk ana yang ana panggil "Che' ", semasa ana tinggal di rumahnya jarang2, dia dah xleh bercakap masa tu..Sebab dah kena strok kalo ana xsilap...Lidahnya macam jadi pendek, xleh bercakap, tapi boleh berjalan2...Dulu selalu ana dgn kakak ana,Yana, naik motor Che' yang diletakkan dpn rumah...Bila Che' tgok, dia akan marah, dia xleh nak jerkah, dia hanya mampu tepuk2 tangan tanda marah...Dia bimbang takot2 terbalik...Ana dgn kakak ana pun 'menganyi' atau persenda Che' dgn meniru gaya dia...masyaAllah, menyesal nye ana,..Aapakan daya, ana kanak2 lagi masa tu, xtaw apa2 pun lagi....Che',maafkan kami Che'....
Pada suatu hari, nenek yang kami panggil 'Mek' atau "mok" atau 'Mek Zee' tiada di rumah, ke kedai agaknya kat bandar...Kami panggil Mek Zee sebab nenek dulu pernah jaga sepupu kami sejak dia kecil yang namanya Zikrul Hakim, kami panggil Zee,...
Kerana nenek tiada di rumah,maka tinggallah Che' sorang2...Mek dah pesan jangan makan durian, tapi Che' agaknya kempunan, lama dah xmakan durian, dia makan juga...Mana tak kempunannya, kebun durian luas, buah banyak, tanam sendiri pulak tu, xkan xnak makan...Mek pesan sebab Che' sakit, tapi Che' 'terliur', dia mkn la...
Dengan takdir Allah taala, dikala Che' cuba nak makan, entah macam mana, dia tertelan dgn biji2 sekali...Maka lekat la kat leher, menyebabkan sesak pernafasan, dan pengsan...
Mujur la nenek balik dah sejurus kemudian, terkejut beruk la Mek bila tengok Che' terlentang tak sedarkan diri...
Setelah panggil jiran2 dan jiran panggil Abah yang sedang mengajar di sekolah dekat je mujurnya...Ana pun ada masa tu, ana tengok ramai orang sedang mengerumuni Che'...Orang guntung je baju panas yang Che' pakai masa tu...
Lepas tu, Abah pun bergegas bawa Che' tersayang ke Hospital...Dalam perjalanan, Abah brenti kat rumah bgtaw Ma, kebetulan rumah kami di pertengahan jalan ke Hospital...
Bersambung............

0 comments: